Terima kasih kerana mengunjungi blog kami

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1956, dengan belanja RM 3000,00 ( RM400 derma orang ramai dan RM 2600.00 bantuan kerajaan ) dan semangat gotong royong penduduk Kampung Parit Lapis, maka terdirilah sebuah bangunan kayu 120 kaki x 20 kaki berdinding papan, berlantai simen dan beratap rumbia. Bangunan ini diberi nama Sekolah Melayu Parit Lapis.
Pembinaan sekolah ini adalah dari inisiatif Allahyarham Cikgu Ismail b. Sarpan. Pada 16.09.1956, sekolah ini mula dibuka dengan 90 orang murid dan tiga orang guru. Allahyarham Cikgu Omar b. Mahmood sebagi Guru Besar yang pertama.
Orang kampong mendirikan lagi sebuah bangunan kayu untuk tiga bilik darjah, sebuah kantin dan sebuah bangunan perpustakaan hasil sumbangan PIBG. Bilangan murid meningkat kepada 249 orang ada tahun 1971.
Bagi menampung pertaqmbahan murid yang kian meningkat, kerajaan telah membina bangunan batu dua tingkat pada tahun 1972. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah, pejabat, stor, bilik air dan tandas. Yang Amat Berhormat Tan Sri Hj. Othman b. Saat (Menteri Besar Johor ketika itu )telah merasmikan bangunan ini pada 20.01.1977. Sekolah ini telah digantikan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Parit Lapis, Batu Pahat.
Sebuah Kantin dan bangunan dua tingkat didirikan pada tahun 1980 untuk menempatkan Pusat Sumber Sekolah dan tiga bilik darjah. Pada Tahun 1989, sebuah bangunan batu tiga tingkat mengandungi satu bilik sembahyang, satu bilik pemulihaqn dan enam bilik darjah didirikan. Dengan itu semua bangunan kayu telah dilupuskan.
Sebuah bangunan yang mengandungi sebuah bilik Pendidikan Khas dan Bengkel Kemahiran Hidup telah siap dibina dan digunakan pada tahun 2001.
Sekolah Kebangsaan Parit Lapis terletak di atas sebidang tanah seluas 2e Or 46p iaitu :
a) 1e Or 23p diwakafkan oleh Allahyarhamah Pn. Khadijah bt. Abd Rauf dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran pada 02.11.1958.
b) 1e Or 23p dibeli oleh Kementerian Pelajaran.

Muat Turun Profil